FAZDEV / Custom System Development

Sistem custom.
Harga jelas.

Pembangunan sistem web custom bermula dari RM1,000. Harga akhir ditentukan mengikut fungsi, jumlah modul dan skop projek yang dipersetujui sebelum kerja bermula.

Bermula dari
RM1,000
Sekali bayar • Pembangunan sistem

Harga permulaan untuk projek dengan skop asas. Jumlah akhir bergantung pada fungsi dan kompleksiti sistem. Sebut harga akan diberi untuk persetujuan anda sebelum pembangunan bermula.

✓ 3 pusingan revision✓ Setup & deployment✓ 30 hari bug warranty✓ Training ringkas
Apa Yang Anda Bayar
Apa yang termasuk dalam pembangunan?

Kerja pembangunan dan penyediaan sistem disusun mengikut keperluan anda. Fungsi yang termasuk serta skop akhir akan dinyatakan dalam sebut harga.

01

Analisis & setup projek

Keperluan asas, struktur sistem, aliran kerja dan konfigurasi awal disusun sebelum pembangunan.

02

Pembangunan sistem custom

Interface, fungsi, borang, carian, dashboard dan aliran sistem dibina mengikut skop yang dipersetujui.

03

Database & akses pengguna

Database disediakan bersama login, akaun pengguna dan kawalan akses mengikut keperluan projek.

04

Data awal & konfigurasi

Import atau susunan data awal yang munasabah termasuk dalam proses setup jika format data telah dipersetujui.

05

Deployment

Sistem dipasang dan dikonfigurasi pada hosting/server yang dipilih supaya boleh diakses secara online.

06

Training & warranty

Penerangan penggunaan ringkas serta 30 hari bug fixing percuma selepas pelancaran rasmi.

Contoh fungsi

Sesuai untuk sistem pengurusan organisasi

Berikut ialah contoh fungsi yang boleh dibina mengikut keperluan. Tidak semua fungsi termasuk dalam harga permulaan RM1,000; skop dan harga akhir akan dipersetujui terlebih dahulu.

  • ✓ Rekod individu / pelanggan / ahli
  • ✓ Dashboard & statistik
  • ✓ Carian & filter data
  • ✓ Rekod aktiviti / lawatan
  • ✓ Lokasi / peta / GPS
  • ✓ Upload gambar / dokumen
  • ✓ Laporan & export data
  • ✓ Akaun & tahap akses staf
Kos Infrastruktur
Domain, Hosting & SSL itu apa?

Tiga benda ini berbeza daripada harga pembangunan sistem. Ia ialah kos/perkhidmatan untuk memastikan sistem mempunyai alamat dan tempat untuk berjalan di internet.

D

Domain

Domain ialah alamat sistem anda di internet, contohnya organisasianda.my. Ia biasanya diperbaharui setiap tahun.

Kos berasingan • ikut extension/provider
H

Hosting / Server

Hosting ialah tempat fail sistem dan database disimpan supaya sistem boleh digunakan 24/7 melalui internet.

Kos berasingan • ikut kapasiti/provider
S

SSL

SSL mengaktifkan sambungan HTTPS dan ikon mangga pada browser untuk melindungi data ketika dihantar antara pengguna dan server.

Biasanya percuma / termasuk jika provider menyokong
Nota: Harga pembangunan sistem bermula dari RM1,000, mengikut skop projek. Domain dan hosting tidak dimasukkan sebagai kos tetap kerana harga bergantung pada provider, jenis domain, kapasiti server dan penggunaan sebenar. FAZDEV akan maklumkan kos tersebut sebelum pembelian dibuat.
Cara Bayaran
Bayaran dibahagi 50 / 50

Bayaran dikira daripada jumlah dalam sebut harga yang dipersetujui. Contoh: projek RM1,000 = deposit RM500 + baki RM500. Projek dimulakan selepas deposit dan baki diselesaikan apabila sistem siap.

Sebelum mula
50%

Deposit 50% daripada harga projek yang dipersetujui untuk mengesahkan projek dan memulakan pembangunan / setup.

Selepas siap
50%

Baki 50% daripada harga projek yang dipersetujui selepas sistem siap dan sebelum penyerahan penuh / pelancaran rasmi.

Revision
3 pusingan perubahan termasuk

Customer digalakkan mengumpulkan semua perubahan dalam satu senarai bagi setiap pusingan supaya proses lebih cepat dan jelas.

Selepas 3 pusingan revision

Perubahan kecil

Satu pusingan revision bermaksud beberapa perubahan yang dihantar sekali dalam satu senarai. Contohnya tukar label, susunan butang, warna atau format paparan. Jika permintaan mengubah skop asal atau menambah fungsi baru, ia dikira sebagai add-on dan bukan revision biasa.

Caj revision tambahanRM100setiap pusingan perubahan kecil
Contoh mudah

“3 kali revision” bukan bermaksud hanya boleh ubah 3 benda.

Kalau Tuan/Puan senaraikan 10 perubahan dan hantar semuanya sekali, itu masih dikira 1 pusingan revision. Pusingan seterusnya hanya bermula selepas perubahan tadi telah dibuat dan Tuan/Puan menghantar senarai perubahan baru.

1

Revision Pertama

Selepas melihat versi pertama sistem, kumpulkan semua yang mahu diubah dan hantar sekali.

  • Besarkan logo
  • Tukar nama ruangan
  • Alih kedudukan butang
  • Tukar warna paparan
2

Revision Kedua

FAZDEV siapkan perubahan pertama. Selepas semak semula, Tuan/Puan boleh beri satu lagi senarai perubahan.

  • Susun semula laporan
  • Ubah tajuk tertentu
  • Kemaskan paparan telefon
3

Revision Ketiga

Pusingan terakhir untuk kemasan sebelum sistem disahkan siap mengikut skop asal.

  • Kemaskan tulisan
  • Ubah jarak / susunan
  • Penyesuaian kecil paparan
Ini 1 revision

Hantar 8 perubahan sekali gus

Contohnya Tuan/Puan WhatsApp satu senarai yang ada 8 perkara untuk diubah. Walaupun ada 8 perkara, semuanya dikira 1 pusingan revision.

Ini revision seterusnya

Hantar senarai baru selepas siap

Selepas 8 perubahan tadi telah siap, kemudian Tuan/Puan semak dan hantar perubahan baru lagi. Itu baru dikira pusingan revision yang seterusnya.

Senang ingat: Satu senarai perubahan yang dihantar bersama = satu pusingan revision. Fungsi baru seperti tambah modul WhatsApp, sistem kehadiran atau dashboard baru bukan revision — ia dikira add-on dan harga akan dimaklumkan dahulu.
Add-on
Nak tambah fungsi selepas itu?

Boleh. Harga di bawah ialah kadar permulaan supaya anda tahu anggaran awal. Harga akhir diberi sebelum kerja tambahan dimulakan.

Add-on kecil

Contoh: field baru, filter tambahan, penyesuaian kecil report atau automasi ringkas.

Bermula
RM300

Fungsi sederhana

Contoh: dashboard baru, workflow baru, fungsi import/export khusus atau pengurusan tambahan.

Bermula
RM800

Modul besar / integrasi

Contoh: modul penuh baru, WhatsApp/API pihak ketiga, aplikasi tambahan atau integrasi kompleks.

Bermula
RM1,500
Tiada caj mengejut: jika kerja tambahan diperlukan, FAZDEV akan terangkan skop dan harga dahulu. Pembangunan add-on hanya diteruskan selepas customer bersetuju.
Maintenance selepas warranty
Bayaran
berasingan

Bayaran maintenance bergantung pada jenis sistem dan skop penyelenggaraan selepas tempoh bug warranty 30 hari. Kadar dan jadual bayaran dimaklumkan dalam sebut harga. Sokongan di bawah mengikut skop yang dipersetujui.

  • ✓ Bug fixing
  • ✓ Backup sistem
  • ✓ Pemeriksaan database
  • ✓ Security update
  • ✓ Technical support
  • ✓ Pemeriksaan masalah sistem
  • ✓ Perubahan kecil mengikut skop
  • ✓ Bantuan isu penggunaan asas
Penting: skop sokongan, had masa kerja dan jadual bayaran maintenance akan dipersetujui dalam sebut harga. Maintenance tidak termasuk modul besar atau fungsi baru. Domain/hosting juga kekal sebagai kos berasingan jika berkenaan.

Ada sistem yang anda nak bina?

Kongsikan keperluan asas anda. Pembangunan bermula dari RM1,000, dengan sebut harga mengikut fungsi, jumlah modul dan skop projek anda.

WhatsApp FAZDEV ↗
Tanya Pakej Sistem